Wednesday 8 January 2014

Anda Adalah Oksigen!

Salam Sejahtera....


Di sebalik setiap kegelapan akan terpancar cahaya! Pencerahan akan memudahkan segala urusan samada kecil mahupun besar. Maka itu, ketahuilah....


Anda adalah 65% Oksigen, 18.5% Karbon, 9.5% Hidrogen, 3.3% Nitrogen, 1.5 Kalsium, 1.0% Phosferous, 0.4% Potasium, 0.3% Sulfur (Belerang),0.2% Sodium, 0.2% Klorin, 0.1% Magnesium dan 0.01% Trace Elements.

Begitu jugalah dengan apa yang terlihat di dalam gambar sebelah ini. Walaupun bahan sama digunakan, tetapi bentuk berbeza. Semua ini dijadikan untuk menyokong kehidupan manusia.

Kami bersyukur dapat berkongsi sedikit maklumat yang kami yakin akan membawa perubahan ketara dalam kehidupan sesama manusia. 


Sudah menjadi tarikan semula jadi bagi manusia akan berasa selesa apabila berada di persekitaran seperti ini. Malah, setiap kesempatan yang ada akan diambil untuk berada di sini samada berpasangan atau dengan keluarga demi untuk menikmati keindahan yang nyaman. Ini adalah kerana keserasian tenaga 'elektro magnet' sesama ciptaan Tuhan. Tetapi.....malang sekali, nikmat ini hanya digunakan di luar tubuh sahaja, sementara persekitan dalaman tubuh pula berada dalam keadaan kemarau berpanjangan tanpa menyedari akan kesan buruk yang sudah melanda.  

Objektif kami adalah untuk meningkatkan kesedaran bahawa betapa ruginya manusia yang mengabaikan keperluan air segar dalam tubuh mereka. Blog ini akan mengisahkan tentang Air dan Garam dan mengapa manusia memerlukan kedua-dua unsur ini untuk kesejahteraan hidup mereka. 


Tanda Jelas Keruduman
Ketahuilah, tanpa dua unsur utama ini, tubuh  anda akan merudum ke paras yang sukar diselamatkan nanti dan tiada jumlah wang atau ubat boleh mengatasi malapetaka yang bakal melanda tubuh anda.

Walaupun air dan garam bukan benda baru, tetapi kealpaan kita terhadap isyarat rayuan tubuh meminta 2 elemen penting ini telah, sedang dan akan menyebabkan keruntuhan tubuh dan siksaan hidup yang tidak seharusnya berlaku!

Tanda kemusnahan tubuh berada di sekeliling, tetapi kita leka dan menganggapnya sebagai kemakmuran. Segala punca kepada keruduman ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah kerana "membuat kerja yang tidak disuruh dan tidak lakukan apa yang diperintah"!  Jika kita terus berdegil...alamatnya jahanamlah tubuh dan siksalah kehidupan.


Asas Tubuh Manusia

Mesin Penjana Air Oksigen