Electrolyzed Reduce Water

'Electrolyzed Reduce Water' atau Air Ionik, Air Penurun, Air Dara mempunyai ciri yang amat berbeza berbanding air lain. Kebanyakan orang tidak pernah dengar Air Ionik, Air Penurun, apatah lagi 'Elektrolyzed Reduce Water'. Sebelum anda teliti maklumat selanjutnya ini, saya ingin ajukan satu soalan terlebih dahulu.


Bagaimana anggota tentera laut bernafas di dalam sebuah kapal selam? Adakah mereka membawa bersama tangki Oksigen untuk penafasan puluhan anggota bagi beberapa bulan dalam sesuatu operasi?

Jawapannya ialah:  Mereka tidak membawa tangki oksigen untuk penafasan malah mereka membuat Oksigen sendiri dari dalam kapal selam tersebut. Mereka menggunakan mesin elektrolisis untuk memisahkan atom Hidrogen dari H2O. Apabila Hidrogen dipisahkan daripada H2O, yang tinggal hanyalah Oksigen. Setelah disejukkan, gas Oksigen disalurkan ke dalam kabin untuk penafasan anggota.  Sebelum itu, air laut perlu terlebih dahulu disaringkan untuk memisahkan garam melalui kaedah Reverse Osmosis atau ringkasnya RO. Air tapisan RO ini kemudiannya akan 'dielektroliskan' untuk membikin air minuman IONIK serta gas Oksigen untuk penafasan. Air yang berkepekatan Hidrogen pula digunakan untuk membasuh dan mandi! Teknologi ini sudah digunakan sejak Perang Dunia ke Dua lagi, iaitu hampir 75 tahun dahulu.

Teknologi sama digunakan dalam Mesin Penjana Air Ionik. Teknologi tinggi tentera ini, kini digunakan untuk kebaikan manusia memulih keadaan kesihatan mereka. Pelbagai ujian dan penyelidikan telah dibuat keatas pesakit Barah, Diabetes, Obesiti dan bermacam lagi sejak 30 tahun lalu. Keputusanya ialah semua penyakit yang diuji ini telah berjaya diterbalikkan.





Mesin Penjana Air Penurun ini dipelopori oleh Jepun, diikuti Korea, Taiwan dan China. Inilah cara bagaimana proses elektolisis dijalankan.



Perihal Anika Garam bersambung di sini. Garam Oh Garam!

Rupa bentuk Mesin Penjana Air Ionik di sini.. Lihat Mesin Penjana Air Ionik

Perhatian: Ada juga kalangan mereka yang mengatakan bahawa alat ini begitu mahal. Saya setuju dengan mereka, jika mereka menganggap tubuh mereka hanya sebagai  satu 'karung sampah' untuk menyimpan segala sisa metabolisma sel tubuh mereka. Sebaliknya, jika mereka sedari tubuh mereka itu adalah satu mesin canggih ciptaan Maha Pencipta yang mutunya lebih tinggi berbanding produk buatan jurutera Jerman atau Itali yang mengambil segala perhitungan Hukum Pegerakan Newton ini untuk menghasilkan jentera terkenal seperti Mercedes, BMW, Ferrari  dan sebagainya yang turut memerlukan pelarasan yang sepatutnya bagi menjamin prestasi terbaik, maka kos alat ini tentulah ciput sahaja. Apapun, anda buatlah keputusan bagi pihak tubuh anda sendiri. I rest my case!

No comments:

Post a Comment