Fungsi Garam Dalam Tubuh Manusia


Antara fungsi garam dalam tubuh manusia:-

  • Ia mengalirkan arus elektrik tubuh yang amat penting bagi semua tindakan tubuh.
  • Ia bertindak sebagai pencetus dan penggerak kebanyakan zat pemakanan.  
  • Kebanyakan vitamin tidak boleh berfungsi tanpa garam.
  • Garam adalah bahan bina hormon dan kimia lain tubuh.
  • Tahap pH dan tekanan cecair tubuh diimbangi dengan pergerakan sempurna garam dinamik (garam masin).
  • Garam amat penting bagi pencernaan dan penyerapan sempurna makanan.
  • Garam membantu tubuh mengekalkan imbangan medan dalaman.
  • Garam mempunyai fungsi tertentu.  Banyak lagi fungsinya yang masih lagi tidak diketahui. 
  • Garam mempunyai keupayaan untuk memulihkan tubuh, mengukuhkan sistem saraf, ketumbuhan rambut baru, membantu pembikinan pigmen warna, memulihkan degupan jantung dengan seragam, bantu mengawal kadar gula di dalam darah, meningkatkan sistem kekebalan, membekal tenaga, mengatasi kelesuan, membantu tekanan perasaan dan membantu membina daya pengingatan dinamik.
  • Garam dapat membantu melindungi tubuh daripada pencemaran logam berat (toksin) dan pencemaran lain.

Sebilangan Garam dan Fungsi Mereka


Kalsium adalah unsur paling mudah dan banyak didapati di dalam tubuh.  Ia amat penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat.  Kalsium juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan imbangan asid / alkali tubuh.  Ia juga sangat mustahak bagi pergerakan otot.


Boron amat penting dalam jumlah yang berkesan untuk penyerapan dan pengekalan kalsium di dalam tubuh.

Magnesium amat penting untuk kegiatan enzim.  Ia membantu mengekalkan potensi elektrik melintasi membran saraf dan otot, mengimbangi pH dan membantu penyerapan kalsium serta potassium.  Telah ditunjukkan dengan jelas, jumlah kalsium, boron dan magnesium dalam kadar  yang secukupnya boleh mencegah atau menyembuh tekanan darah tinggi, osteoporosis, tonjolan tulang, arthritis memusnah, gusi kecut dan batu dalam ginjal.

Zinc adalah sebahagian daripada berbilang sistem enzim.  Ia amat penting bagi proses metabolisma termasuk gabungan DNA, fungsi dan pertumbuhan organ pembiakan, pemulihan luka, metabolisma karbohidrat dan melindung daripada kesan penyakit baka.

Tin atau TIMAH adalah unsur amat penting dalam kebanyakan fungsi bio-elektrik.  Ia   membantu kegiatan sistem kekebalan, meningkatkan pertumbuhan rambut baru dan meningkatkan tindakan pantulan.  Kekurangan timah telah dikenalpasti sebagai penyebab kepada kepala menjadi botak.

Selenium adalah penentang oksidan yang amat berkuasa.  Ia dikenalpasti dapat mengurangkan risiko barah, penyakit jantung, muscular dystrophy, cirrhosis di hati,   selaput mata dan pelbagai gejala lain.  Kekurangan selenium telah dikaitkan dengan serangan jantung cardiomyopathy dan dengupan jantung yang tidak seragam.  Tanda-tanda kekurangan selenium ialah apabila wujud “bebintik usia” (age spots) dan “bebintik hati” (liver spots).  Kekurangan selenium juga boleh menyebabkan kerumitan berleluasa ke atas janin, bayi, kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa.

Copper amat penting bagi semua kehidupan.  Ia adalah faktor bersama yang amat berguna kepada beratusan ‘metalloenzymes’ yang wujud dalam pelbagai bentuk.  Ia sangat penting bagi pembikinan tisu sambungan.  Kekurangannya boleh melemahkan pembuluh darah.  Ini boleh menyebabkan pemecahan pembuluh darah mengakibatkan keruntuhan pembuluh jantung dan otak dan angin akhmar (‘aortic and cerebral aneurysm’).  Copper atau kuprum telah menunjukkan manfaatnya dalam membantu kesuburan dengan mengubah beberapa sistem hormon.

Kuprum juga boleh mencegah kejadian rheumatoid arthritis dan pelbagai bentuk penyakit keradangan lain.  Tanda awal kekurangan kuprum ialah rambut beruban atau kehilangan warna asal rambut.  Albert Einstein meninggal dunia akibat aortic aneurysm dan apakah warna rambut beliau?

Nickel tidak pernah disorotkan di dalam pemakanan manusia. Bagaimanapun, makanan tambahan yang mengandungi nickel dalam bentuk garam koloid telah menunjukkan ia amat membantu mereka yang mengidap gout.

Manganese amat diperlukan untuk pembikinan tulang dan urat tendon.  Kekurangan menyebabkan kehilangan berat badan ketara, melambatkan pertumbuhan rambut dan menganjur pertukaran warna rambut.  Kekurangan unsur ini telah dikaitkan dengan penyakit sawan terutama di kalangan kanak-kanak.  Ini jelas mengaitkan kelemahan fungsi sistem saraf pusat.

Vanadium adalah garam penting yang terlibat di dalam metabolisma lemak dan karbohidrat.  Ia mempunyai peranan untuk melindungi penyakit jantung dan barah.  Jika diambil dengan kadar yang banyak ia boleh menggantikan insulin.  Malah Kalsium adalah unsur paling mudah dan banyak didapati di dalam tubuh.  Ia amat penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat.  Kalsium juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan imbangan asid / alkali tubuh.  Ia juga sangat mustahak bagi pergerakan otot.

Germanium secara bio adalah penggerak denyutan elektrik perantaraan sel yang sangat sempurna dan bertindak sebagai faktor bersama logam terhadap penggunaan oksigen.  Ia memudahkan kemasukan oksigen ke dalam sel justeru memainkan peranan penting untuk mencegah pelbagai jenis penyakit akibat kekurangan oksigen seperti barah dan penyakit jangkitan.  Germanium boleh didapati dari pelbagai jenis herba seperti bawang putih, lidah buaya, kulat linghzi, ginseng, dan cendawan shitake.  Air perigi di Lourdes yang terkenal di seluruh dunia kerana kuasa rawatannya didapati mengandungi banyak unsur Germanium.

Lithium adalah amat penting bagi fungsi mental.  Kekurangan Lithium telah banyak dikaitkan dengan pelbagai kecelaruan minda seperti tekanan emosi, perasaan cemas dan kemurungan. Vanadium dilihat telah membantu membina semula tisu pankreas yang telah rosak akibat kekurangan chromium dan vanadium yang menyebabkan diabetes.

No comments:

Post a Comment