Pelbagai Jenis Air

Pada amnya, AIR kelihatan sama sahaja yang terbentuk dalam TIGA sifat lazim seperti Gas, Cecair dan Beku! Walaubagaimapun, nilai AIR adalah berbeza antara satu sama lain, antaranya:-



Air Mati, Air Hidup, Air Berat, Air Ringan, Air Sejuk, Air Panas, Air Keras, Air Lembut, Air Mineral, Air Ionik.

Takrif:


Air Mati: Air mati bermaksud air yang sudah dimasak atau direbus. Air jenis ini tidak mempunyai elektron kerana elektron molekul H2O telah terbang ketika air mendidih justeru, tidak dapat memberi menfaat membersih medan dalaman tubuh.

Air Hidup: Air hidup adalah air segar yang terdapat dalam keadaan semulajadi. Air Bukit, Mata Air, Air Sungai, Air Perigi. Air jenis ini baik untuk tubuh kerana mempunyai elektron bagi melakukan tugas pembersihan dalaman selain membekalkan khasiat. Pastikan air ini bersih dahulu sebelum diminum.

Air Berat: Air berat adalah air yang dimanupulasi oleh manusia dengan menggunakan Deutrium (simbol D atau 2H) juga dipanggil Hidrogen berat. Simbol molekul Air jenis ini ialah D20 diguna bersama Tritium, iaitu Isotop Hidrogen yang mengandungi 2 neutron. Simbol atom ini ialah T atau Hidrogen-3. Air jenis ini lambat mendidih, dalam lain perkataan, memerlukan lebih tenaga untuk mendidih. Air jenis ini di 'manufacture' khusus untuk digunakan dalam reaktor neukler bagi menjana tenaga elektrik.

Air Ringan: Air ini ialah air hujan, ia kosong tidak membawa garam galian tetapi mungkin gas lain seperti Karbon Monoksida, debu Belerang, Plumbum dan sebagainya. Terdapat tempat tertentu yang dihujani Asid Sulfurik (Acid Rain), khususnya di kawasan kilang perindustrian. Air jenis ini tidak wajar diminum.

Air Sejuk: Air ini bukan bermaksud air dari peti sejuk, tetapi ia adalah air alkali yang mengandungi garam galian alkali seperti Natrium, Magnesium, Potassium, Kalsium. Air Pili di dapur anda juga tergolong sebagai air sejuk, walaupun dirawat dengan Klorin terlebih dahulu untuk membunuh kuman. Dengan menadah air tersebut dan biarkan semalaman. gas Klorin akan meruap ke udara dan air itu bolehlah diminum.

Air Panas: Air panas bukan bermaksud air Kopi, Teh, Koko dan sebagainya kerana suhu panasnya, tetapi kerana sifat air yang berasid, malah air di kolam air panas, walaupun sudah disejukkan dengan ais tetap 'panas' kerana Sulfur atau belerang yang terkandung di dalamnya. Air minuman tin juga dikelaskan sebagai air panas kerana kandungan karbon dioksida serta dadah seperti caffine yang trdapat di dalamnya. Air ini juga dikenali sebagai Air Pelentur yang mempuyai paras Klorin yang tinggi untuk menghakiskan kotoran degil malah, sebatang gigi boleh larut dalam tempuh 48jam.

Air Keras: Air keras adalah air yang mengandungi galian berat seperti Besi, Raksa, Timah, Kobolt, Nikel, Titanium dan sebagainya. Air lombong adalah air berat dan berbahaya untuk diminum. Air Kumbahan yang dilimpahkan ke dalam sungai setelah 'dibersihkan' juga bersifat air keras.

Air Lembut: Air lembut adalah air yang tidak mengandungi garam galian atau hanya mengandungi dalam kadar amat sedikit sekali. Air Suling memang tiada sebarang garam galian justeru, amat sesuai digunakan sebagai air bateri dan air bagi ujian di makmal penyelidikan. Air RO (reverse osmosis) adalah 95% kosong. Air jenis ini ditapis menggunakan membrane penapisan paling halus untuk memisahkan bahan kotoran dari air tersebut. Meminum air ini akan menghakiskan Kalsium dari tubuh anda membuatkan tulang dan gigi menjadi lemah.

Air Mineral/Galian: Air jenis ini lazimnya didapati daripada dalam tanah sedalam 20 meter atau lebih. Air jenis ini juga boleh didapati dari kaki gunung seperti air 'glasier milk' yang mengalir keluar dari kaki pergunungan Himalaya. Air seperti ini amat baik bagi tubuh manusia kerana kandungan 'garam elektrolit' dan kadar Oksigen yang tinggi.

Air Ionik/Penurun: Air jenis ini juga dikenali sebagai 'Air Dara' kerana sifatnya yang baru dibentuk serta kaya dengan 'garam ionik'. Air jenis ini hanya terdapat di banjaran pergunungan tinggi jauh dari kediaman manusia. Kini manusia telah mencipta satu mesin penjana air ionik untuk menyamai sifat air dara di pergunungan tinggi. Air jenis ini juga dikenali sebagai 'Air Penurun' kerana keupayaannya menurunkan tindakan pengoksidan dan untuk membaik pulih kerosakan Sel tubuh yang dilanda Radiasi.

Sejarah air ini bermula apabila rakyat Jepun yang mengalami ancaman radiasi kesan letupan Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945 telah lari ke banjaran pergunungan tinggi bagi mengatasi haba yang amat panas. Mereka hanya minum air yang terdapat di persekitaran pergunungan tersebut. Kemudian, para doktor dapati mereka yang berada di situ semuanya selamat dari bahaya radiasi dan kekal sihat manakala yang lain pula pulih dari kesan radiasi yang dialami. Saintis Jepun yang mengkaji keadaan ini mendapati air yang mereka minum itu mempunyai kelebihan luar biasa iaitu kandungan Oksigen Negatif yang amat tinggi.

Pada tahun 1955, satu mesin telah dibina untuk membuat air minuman sama seperti di pergunungan tersebut menggunakan kaedah 'elektrolysis'. Kini semua hospital di Jepun menggunakan 'mesin pengion air' untuk membekalkan Air Ionik atau Air Penurun kepada semua pesakit, berbeza dengan hospital di Amerika yang membekalkan minuman Cola kepada pesakit mereka.

Inilah jenis air yang terdapat untuk kegunaan manusia, anda boleh pilih jenis mana satu anda suka, tubuh anda punya! 

Kelebihan Air Ionik berbanding yang lain.

No comments:

Post a Comment