Permakanan Terunggul Untuk Manusia

Permakanan UTAMA dan TERUNGGUL bagi manusia ialah AIR dan GARAM!
Sesiapa juga apabila diberitahu bahawa Air dan Garam adalah penawar kepada segala penyakit Kronik mahupun penyakit Akut, akan menolak saranan ini dengan pantas, mana mungkin! Demikian juga dengan saya pada mulanya. Mengapa kita beranggapan demikian?

Kita dipengaruhi dengan cerita 'marketing' oleh penjual-penjual produk kesihatan terutamanya dari 'pakar-pakar perubatan' dari syarikat-syarikat MLM yang motif mereka lebih mementingkan pendapatan dari perkara lain. Pelbagai cerita kita dengar, malah produk untuk menyembuh Kanser juga diketengahkan, biji itulah, buah inilah dan sebagainya. Persoalannya, jika produk mereka itu benar-benar hebat dan berkesan, sudah tentu ramai pesakit Kanser telah sembuh, tetapi sebaliknya kematian juga yang kita dengar. Produk untuk Diabetes, Obesity, Gout dan sebagainya juga bersepah dalam pasaran. Adakah mereka ini penipu atau pembohong? Adakah saintis yang mencipta produk-produk ini pembohong juga? Jawabnya ialah tidak! Mereka bukan penipu atau pembohong, cuma protokol yang sepatutnya tidak diberi penekanan justeru, wang habis tetapi keberkesanannya tiada.

Mengapa Air?

Air adalah punca kehidupan dan bahan terpenting di planet Bumi. Tubuh kita hanya dapat bekerja dengan berkesan jika ia mendapat air dan garam galian dengan secukupnya. Tubuh manusia mengandungi hampir 75% air. Justeru, mutu air yang diminum mempunyai kesan besar keatas kesihatan tubuh.


Air - Identiti Planet Bumi

Proses pemulihan yang berlaku di dalam tubuh manusia akan menjadi mustahil tanpa air. Tubuh manusia memiliki sistem pemulihan semula jadi yang unik. Keupayaan memulih ini amat bergantung kepada air. Darah kita adalah 94% air. Ia mengalir ke seluruh tubuh untuk menghantar Oksigen dan zat pemakanan kepada seluruh sel disamping mengangkut sisa buangan untuk dikeluarkan daripada tubuh.

Kita seharusnya meminum air segar bersih dan selamat untuk membantu tubuh melakukan tugas utamanya dengan sempurna. Jika kita gagal meminum air setiap hari dengan secukupnya, tubuh akan mengalami keadaan kemarau. Keadaan kemarau tubuh berpanjangan adalah satu gejala perubatan yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Otak kita adalah 85% air. Ia adalah satu organ paling penting yang mengawal setiap proses di dalam tubuh. Isyarat elektrik diterima dan dihantar melalui sistem saraf untuk membolehkan otak bekerja dengan baik. Ketidak sempurnaan isyarat elektrik ini telah dikaitkan dengan gejala Kelesuan Kronik, penyakit Alzheimer, Gejala Kurang Perhatian (ADD) dan Kemurungan.

Kejayaan tugas bagi otak tertakluk kepada mutu air yang diminum. Kebanyakan orang gagal membekalkan air segar kepada tubuh mereka dengan secukupnya lalu tubuh menderita kerana dilanda kemarau. Malah mereka beranggapan dengan minum kopi atau air minuman tin dapat meningkatkan kecergasan mereka tetapi, sebenarnya hanya air segar sahaja yang mampu berbuat demikian.

Racun kimia lazimnya memasuki ke dalam tubuh dengan kerap. Apabila ini berlaku, tubuh memerlukan tenaga untuk membenteras kerosakan akibat kemasukan racun ini.Air juga adalah bahan yang digunakan oleh hati untuk menukarkan lemak (glycogen) kepada tenaga. Pengambilan air segar bersih boleh meningkatkan keupayaan metabolisma sel.

Air alkali Ionik adalah sejenis air minuman yang anda perlu ambil mulai sekarang. Ia bersih selamat dan dapat memberi lebih menfaat untuk membantu tubuh anda lakukan tugasnya dengan sempurna dan berkesan.

Kami sekeluarga telah mendapat banyak menfaat dengan Mesin Penjana Air Ionik ini. Saya sendiri yang telah menjadi mangsa SLE telah terbalikkan keadaan dengan mudah dan pantas. Ia telah mengubah kehidupan saya serta mereka yang berada di sekeliling saya. 

Jadi, apakah protokol yang perlu diikuti untuk mendapatkan keberkesanan terbaik?

Memahami Fisiologi Tubuh terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment