Biologi Asas

Sebelum anda pergi lebih jauh lagi untuk memahami gejala SLE ini, ada baiknya anda sedari akan Biologi Asas terlebih dahulu.
  • Manusia dibina daripada beberapa...
  • Sistem yang digerakkan oleh beberapa...
  • Organ yang dibina oleh ...
  • Tisu yang berasal daripada...
  • Sel (tidak perlu pergi ke tahap zarah)...
Dengan demikian, kita wajar terima hakikat bahawa, untuk Manusia menjadi sihat, sewajarnyalah Sistem tubuh perlu sihat. Bagi mendapatkan sistem yang sihat pula, tentulah Organ mesti sihat. Oleh itu, untuk organ menjadi sihat Tisunya mesti sihat juga. Justeru, untuk mendapatkan tisu yang sihat, Sel mestilah sihat terlebih dahulu.
Inilah rupanya Sel


Berdasarkan kepada kosep kesihatan Sel ini, bolehkah kita akui bahawa, jika Sel tidak sihat tentulah ia akan membentuk Tisu yang tidak sihat yang sewajarnya akan membina Organ yang tidak sihat dan seterusnya menghasilkan Sistem tubuh yang tidak sihat, lantas membuat Manusia itu tidak sihat? Kita tidak boleh elak dari hukum asas ini!



Mari kita fikirkan sejenak. Mengapa orang muda kelihatan segar dan mampat manakala orang berusia kelihatan layu dan kendur?


Inilah masalah yang saya hadapi, Sel tubuh saya hampir menjadi 'kismis' kerana sudah menjadi tabiat saya mengamalkan minuman 8 mug 'Cuppucino' setiap hari, bukannya Air Segar! Sistem tubuh saya terus cuba menyelamatkan saya dengan memerintahkan sejenis 'enzim' untuk menoreh Sel yang kurang sihat untuk melimpahkan saki baki air 'cytoplasma' yang ada didalam Sel lemah ini untuk dimenfaatkan oleh Sel yang lebih kuat bagi menampung keperluan hidup saya. Simtom yang saya alami ialah, pada awalnya batuk berkahak darah, buang air besar bersama-sama curahan darah, Muntah darah - lazimnya orangkata santau - dan akhir sekali kudis di kawasan pelipat kedua-dua lutut, panas tubuh yang luar biasa serta kulit mengalami seakan melecet dan kemudiannya kering, muncul di seluruh tubuh.

Masya Allah, betapa hebat Maha Pencipta kita, walaupun saya ingkar terhadap peraturanNYA, saya masih diberi masa dan peluang untuk membuat perubahan. Alhamdulillah, kini segala masalah SLE yang saya alami telah pulih sepenuhnya dalam tempoh 2 bulan.  Saya berhenti minum kopi dan cuppucino dan hanya mengambil air segar sahaja menurut protokol yang disarankan. Kini kulit tubuh saya telah menjadi bersih kembali dan tegang seperti orang muda, kerana Sel tubuh saya kini telah berubah rupa menjadi seperti buah anggur segar!.  Sekarang saya boleh minum minuman kegemaran saya dengan sayarat keperluan Sel saya diutamakan dahulu.  Ia telah berlaku kepada diri saya, mengapa pula ia tidak boleh berlaku kepada anda?


Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang gejala SLE ini, bolehlah emel saya melalui ruang komen di bawah ini.


Mengenali Sistem Manusia

No comments:

Post a Comment