Garam Mineral Koloid

Mengandungi lebih 84 unsur galian daripada tumbuhan untuk meningkatkan mutu darah. Faedah utama pengambilan garam koloid adalah untuk menepati keperluan zat sel darah bagi mengembalikan kekuatan tubuh dan melambatkan proses penuaan. 


Jika anda melihat jadual unsur - 'Periodic Table' - anda akan jumpa semua unsur ini. Unsur ini terbentuk lebih 13.7 billion tahun lalu. Ini bermaksud anda memang amat tua!

Garam Koloid yang terdapat dalam pasaran masa kini berusia tidak kurang dari 60 juta tahun. Garam ini didapati dari tumbuhan gergasi zaman Dinosaur, yang telah tumbang tertimbus dan reput diruntuh zaman selepas berlakunya satu ledakan yang memupuskan semua spesis Dinosaur serta kehidupan lain.

Keberkesanan Garam Koloid adalah kerana saiznya yang teramat kecil 1/1700 berbanding sel darah merah. Ini boleh terjadi kerana garam 'elemental' asal telah diserap oleh tumbuhan, mencernakan terlebih dahulu untuk kegunaan tumbuhan tersebut.

Garam berbentuk koloid amat mudah diserap oleh tubuh, malah 100% garam ini  boleh meresap memasuki semua tisu hidup.  Garam ini akan diserap, diguna dan disimpan dalam tubuh dan kekal dalam bentuk koloid.  Keberkesanan peresapan yang  amat tinggi Garam Koloid ini disebabkan oleh dua faktor utama iaitu, struktur molekul  garam itu yang berasaskan karbon dan saiznya yang amat kecil.

Hanya tumbuhan sahaja boleh menukarkan garam elemental ke dalam bentuk koloid. Organisma mikro di dalam tanah telah menukarkan garam logam ke bentuk yang boleh diserap oleh tumbuh-tumbuhan melaui sistem akarnya yang meluas dan melalui satu proses unik ‘photosynthesis’ untuk menukarkan garam tersebut ke dalam bentuk molekul organik yang berasaskan karbon.  Molekul garam yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan amat halus, dimeternya berukuran 0.0001 micron – lebih kurang 1/1700 sel darah merah.   

Analisis darah manusia sihat telah memperlihatkan kandungan garam galian yang lengkap sama seperti yang terdapat dalam tumbuhan zaman silam. Lazimnya garam akan hilang dari tubuh melalui peluh, air kencing dan air besar. Kehilangan garam dari tubuh yang tidak diganti akan melemah dan menggugat kesihatan tubuh manusia. Jika anda boleh terbalikkan keadaan ini, maka penyakit yang dihidapi juga akan turut terbalik sama!

Rahsia untuk menikmati kesihatan dan mutu kehidupan yang terbaik, segar serta gagah terletak dengan Garam Koloid! Amalkan setiap hari, penyakit pasti pergi!

"PULIHKAN MEDAN DALAMAN – PULIHLAH PENYAKIT" 
Antoine Béchamp

     Master of Pharmacy, Doctor of Science, Doctor of Medicine,
                    Fellow & Professor of Physics, Professor of Medical Chemistry & Pharmacy,
                                                                      Fellow & Professor of Physics & Toxicology,
Professor of Biological Chemistry, Dean of The Faculty of Medicine.
Pengarang buku - ‘The Third Element of Blood

Jika kata-kata orang tua yang bijak lagi pandai inipun orang tidak mahu dengar dan ikut, bersedialah untuk 'jual rumah' bagi menampung kos rawatan nanti! 
Jika ada insuran kesihatan pun, apalah gunanya kalau sudah tiada berkaki atau lumpuh terbaring tidak berdaya. Beginikah cara berakhirnya sejarah seorang Kalifah di Bumi?

No comments:

Post a Comment