Garam Oh Garam!

GARAM adalah PENGCAS SISTEM ELEKTRIK TUBUH – termasuk semua aktiviti SISTEM SARAF & PENGIMBANG MEDAN DALAMAN TUBUH!

Garam terdapat dalam beberpa jenis - Garam Galian dan Garam Elektrolit dalam berlainan bentuk. Garam Elemental, Garam Ionik, serta Garam Koloid. Sedar atau tidak, Garam mempunyai lebih 400 kegunaan! 
  • Garam Laut
  • Garam Bukit
  • Garam Ionik
  • Garam Koloid
Garam Laut
Garam laut adalah garam yang sering digunakan di dapur untuk masakan. Garam jenis ini terdapat dalam jumlah yang banyak dan murah. Garam ini juga sering digunakan sebagai bahan pengawet untuk membuat ikan atau daging masin.
Pemeluapan air laut untuk mendapatkan garam
Garam jenis ini yang berbentuk 'Elemental' biasanya bercampur-aduk dengan unsur lain seperti Magnesium, Potassium, Kalsium, Chlorine, Fluorine serta Iodine. Garam ini dihasilkan melalui pemeluapan air laut yang tinggi kemasinannya. Garam baru ini dibuat sentiasa bagi keperluan manusia. Garam laut ini lazimnya mengandungi kadar Sodium Chloride yang amat tinggi, ada yang hampir 99%.



Garam Bukit
Garam bukit dinamakan demikian kerana ia dihasilkan melalui lombong garam yang terdapat di bukit atau gunung tertentu.  Bukit atau gunung ini dahulunya adalah laut, tetapi melalui pergerakan dan pertembungan sesama 'plet benua', telah melonjakkan laut ke paras tinggi yang lama-kelamaan kering dan menjadi bukit atau gunung. Sifat garam adalah sama seperti garam laut biasa, tetapi usianya adalah amat tua, dan persekitaran laut ketika itu amat bersih dari pencemaran justeru, kelebihan garam ini adalah kerana garamnya amat bersih dan bermutu tinggi.

Melombong Garam
Jika harga garam ini mahal sedikit, itu adalah kerana kos melombongkannya lebih tinggi berbanding kaedah biasa melalui proses pemeluapan menggunakan sinaran mata hari. Garam Bukit juga berbentuk 'Elemental' adalah lebih baik kerana turut mengandungi sebilangan unsur lain dan kadar NaCl mungkin setinggi 90%.



Garam Ionik
Garam Ionik tidak terdapat dalam pasaran. Anda hanya boleh mendapatkanya dengan membuatnya sendiri. Garam Ionik bebas dari Klorin dan Florin, sebaliknya garam ini bergabung dengan Oksigen. Garam ini mudah memasuki saluran darah amat penting jika anda mahu melindung darah dari berkarat. Garam Ionik berbentuk seperti ini - NaOH (Natrium Hydroxide), KOH (Potassium Hydroxide), Mg(OH2) (Magnesium Hydroxide), Ca(OH)2 (Calcium Hydroxide).
Mesin Penjana
Air & Garam Ionik

Garam Ionik boleh didapati melalui memproses air dari Pili dapur anda menggunakan Mesin Penjana Air Ionik. Disamping menghasilkan air ionik, mesin ini akan menukar sifat garam asal kepada bentuk ionik.

Hanya mereka yang memiliki mesin pengion air jenis ini sahaja boleh mendapat Garam Ionik.




Garam Koloid
Garam Koloid boleh didapati dalam pasaran dengan harga yang amat tinggi antara RM120 ke RM250 sebotol 450ml, berbanding semua jenis garam lain. Inilah 'Rolls Royce' kepada segala garam.

Garam koloid dibekalkan dalam bentuk cecair, 1 sudu kecil dicampur ke dalam segelas air ionik di minum sekali sehari. Istimewanya garam ini adalah kerana 2 faktor utama:
  • Kandungan lebih 80 jenis garam galian termasuk Perak dan Emas serta garam elektrolit NaCl, Mg, K, Ca.
  • Saiz molekul garam yang amat kecil, 1/1700 berbanding Sel Darah!
Kelebihan Garam Koloid adalah untuk meningkatkan mutu darah serta mengekalkan awet muda! Memang produk awet muda mahal-mahal belaka, tetapi Garam Koloid bukan sekadar untuk kelihatan muda tetapi kesihatan yang sungguh membanggakan.

Walaupun Garam Koloid ini mahal, ia bukan sahaja kerana sifat dan keupayaannya mengekalkan 'awet muda', tetapi kerana untuk mendapatkan 38 gram Garam Koloid, ia memerlukan 35 Kg. reputan tumbuhan yang dihasilkan daripada 1/2 Ton tumbuhan zaman purba.

Semua unsur azali ini terbina lebih 13.7 Billion tahun dahulu, telah diserap dan dicernakan oleh sistem akar tumbuhan zaman silam untuk digunakan oleh Sel tumbuhan berkenaan lebih 60 juta tahun lalu justeru, pengambilan Garam Koloid ini boleh disamakan seperti memakan ulam atau sayur zaman silam yang bersih dari pencemaran dan kaya dengan khasiat.

Keterangan lanjut.... Garam Koloid

No comments:

Post a Comment