Asas Tubuh Manusia

Bab 1.


Perkara Pertama yang perlu diketahui oleh setiap orang ialah, tubuh manusia itu pada keseluruhannya adalah lebih-kurang 75% Air, 18% Karbon, 4% Nitrogen & 3% Garam.

Dalam pada itu, darah sahaja adalah 94% Air!  Air juga dikenali sebagai H20, tetapi ramai percaya cecair lain seperti teh, kopi, kola-kola, sirap bandung dan sebagainya boleh memainkan peranan sama seperti H2O!  TIDAK MUNGKIN sama sekali! 

Sifat asal dan atur cara sistem tubuh adalah AIR lebih tepat lagi H2O. Mengganti AIR dengan cecair lain telah melanggar peraturan semula jadi sistem Maha Pencipta. Perlu diINGAT, pelancaran segala bahan untuk mengekalkan imbangan perjalanan sistem tubuh turut tertakluk kepada Hukum Gesiran! Ia tidak boleh kesat dan juga tidak boleh licin! Laluan terlalu kesat akan menghindar pegerakan dan jika terlalu licin pula akan gelunsur lalu.

Jika diperhatikan struktur sel, ia mempunyai dinding yang membolehkan AIR meresap masuk ke dalamnya. Jika AIR telalu banyak, ia akan melemaskan sel justeru tubuh akan buang air lebihan ini melalui kencing, peluh, dan penafasan. Sebaliknya, jika air telalu rendah, kurang air akan memasuki sel dan pembuangan juga terhad, kurang kencing, peluh dan penafasan. Apakah implikasi jika paras air tubuh berkurangan? Sel menjadi kecut mengakibatkan kulit menjadi kendur, jantung lemah dan penafasan menjadi singkat kerana kurang bekalan Oksigen lalu penuaan? Sisa kumuhan tersepuk di dalam tubah tidak boleh dikeluarkan, penyakit kulit, kudis, bisul? Kristal atau batu akan terbentuk, Gout, Diabetes, sakit sendi?

Tubuh memiliki sistem daya operasi sementara yang dipanggil Simtom atau Gejala. Semua simtom atau gejala ini adalah isyarat tubuh memberi tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Sebagai contoh; Mengapa gula berada di dalam darah lebih dari sepatutnya? Gula digunakan untuk meningkatkan paras Air dalam aliran agar Air dapat diserap oleh sel, dan simtom ini dipanggil Diabetes, maka para 'pakar' sarankan agar kurangkan pengambilan gula. Apabila gula menjadi kurang, Garam pula akan digunakan untuk meningkatkan paras air dalam aliran untuk tujuan sama, dan simtom ini dipanggil Tekanan Darah Tinggi justeru, para 'pakar' sama sarankan agar kurangkan pengambilan garam. Sekarang, gula dan garam sudah kurang masuk ke dalam tubuh, tetapi tubuh terpaksa juga tingkatkan paras Air dalam aliran supaya tubuh dapat terus fungsi, apa plihan yang ada? Oh! untung ada Asid urik, maka asid urik pula digunakan untuk meningkatkan paras air dalam aliran, simtom ini pula dipanggil Gout dan sakit sendi! Para 'pakar' sama sarankan makanlah ubat penahan sakit. Begitulah keadaannya apabila hukum gesiran tidak diberi perhatian dan diambil kira. Gejala dibiarkan begitu dan akhirnya tubuh akan mengguna sedikit gula, sedikit garam dan sedikit asid urik yang masih ada untuk meningkatkan paras Air dalam aliran, simtom ini digelar sebagai gejala Tiga Serangkai! Sudah terbukti pengambilan ubat semahal mana sekalipun tidak akan mengembalikan imbangan tubuh, kecuali dimasukkan AIR SEGAR dengan secukupnya untuk meningkatkan paras Air dalam aliran! Gagal berbuat demikian hanya akan menuju kepada satu arah sahaja - sakit dan akhirnya mati dalam kesengsaraan!

Susahkah untuk mengatasi gejala Tiga Serangkai ini? Anda tidak perlu belajar Fizik, Kimia atau Biologi untuk selesaikan masalah kesihatan anda. Minum sahaja AIR SEGAR lapan gelas sehari, semua gejala pasti pergi! Sila lawat www.watercure.com untuk maklumat lanjut dan kertas penyelidikan oleh Feredoon Batmanghelidj, MD.

Ada baiknya anda membaca maklumat yang diberi untuk mengukuhkan keyakinan diri.

Dari aspek kimia, molekul H2O itu adalah gabungan 2 unsur Hidrogen dengan 1 unsur Oksigen. Secara kasarnya setiap molekul H2O terbentuk dari 3 atom dengan nisbah 2:1, tetapi jika dikira berat atau kemampatan unsur-unsur tersebut, Hidrogen beratnya 1/12 (atomic weight per Carbon 12), manakala Oksigen beratnya adalah 16/12 (aw/C12). Justeru, berat molekul H2O sebenarnya 34/12 amw (2+16x2) dengan ratio 2:32. Jika anda sedar akan fakta ini, ketahuilah bahawa kemampatan tubuh anda sebenarnya adalah 6.25% Hidrogen dan 93.75% Oksigen (dari bahagian 75% air).
Anda tentu tahu betapa pentingnya Oksigen kepada tubuh anda. Tanpa Oksigen anda pasti MATI! Penghantaran Oksigen ke seluruh tubuh adalah melalui pengaliran darah.
Imej Sel darah sihat dengan rangkaian fibrinogen (garisan hitam) menghubungi sesama sel merah darah menggambarkan kandungan air dan garam yang secukupnya.

Perkara Kedua yang perlu kita sedari ialah, Oksigen memberi kehidupan dan Oksigen juga adalah pemusnah kehidupan. Kerana inilah manusia mengalami proses penuaan dan akhirnya mati. Oksigen jenis pemusnah ini dipanggil ROS - "Reactive Oxygen Species" atau diterjemahkan dengan mudah - 'Radikal Bebas'! Inilah sebabnya banyak produk 'anti-oxidant' (penganti-oksida) terdapat dalam pasaran dengan harga yang mahal. Produk-produk ini dikatakan boleh menangkis atau melambatkan proses penuaan sekaligus membolehkan pengguna mengekalkan 'awet muda' mereka.

Sebagai contoh: Sebilah paku apabila terdedah dengan oksigen akan berkarat (oksidan), lama kelamaan akan terus ghaib. untuk memelihara paku agar tidak berkarat, kita akan lindungi paku tersebut dengan menyapu minyak atau cat paku tersebut. Perlindungan ini (penganti-oksidan) akan membolehkan paku tersebut mengekalkan sifat asalnya dengan lebih lama sehingga berpuluh-puluh tahun. Inilah kesan tindak balas Oksigen keatas logam khususnya besi atau ferum. Justeru, sedarkah anda bahawa darah anda juga mengandungi besi? Apa akan jadi kepada besi dalam darah anda apabila terdedah kepada oksigen? Darah anda juga akan mula berkarat seperti paku tersebut dan lama kelamaan juga akan ghaib dari muka bumi ini. Maka itu, perlukah anda melindungi darah anda dengan menyapu minyak atau cat? Ha, ha, ha....... Minum AIR SEGAR aje Yeop!
Imej darah pesakit Barah memaparkan keruntuhan cevair tubuh akibat tindakan 'Rdikal Bebas'
(warna putih - lemak protein berasid)


Tersepuk, tersadai, menghalang perjalanan dan kemasukan air ke dalam sel!

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh Bumi, atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.    Surah 36: 36 (YAA-SIIN)

Reactive Oxygen Species - Radikal Bebas

No comments:

Post a Comment