'Reactive Oxygen Species' - Radikal Bebas

'Reactive Oxygen Species' ataupun nama lazimnya Radikal Bebas, sentiasa berlegar di luar dan di dalam tubuh manusia. Unsur ini adalah sejenis Oksigen yang tidak stabil justeru, menjadi ganas untuk mendapatkan ketenteramannya. Apa yang dimaksudkan Oksigen tidak stabil?

Status atom Oksigen terkumpul dalam kumpulan 6 'Periodic Table'. Unsur yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai satu persamaan iaitu mereka mempunyai 6 elektron di orbit terluar. Mana-mana unsur untuk menjadi stabil mestilah mempunyai 8 elektron di orbit terluar seperti unsur-unsur dalam kumpulan 8. 

Dengan itu, Oksigen akan menjadi stabil melalui gabungan atau berkongsi elektron dengan unsur sejenis lalu menjadi gas - O2, atau dengan unsur lain seperti Hidrogen untuk menjadi H2O - air, dengan Ferum untuk menjadi Iron Oxide, dengan Sulfur untuk menjadi Sulfide, dengan Raksa untuk menjadi Mercuric Oxide, dengan Silicon untuk menjadi Silicon Oxide (pasir) malah dengan kebanyakan unsur lain di Bumi ini. Oksigen akan 'mengasidkan' sesuatu bahan dengan kehendak semula jadi. Sementara itu, sedikit jenis Oksigen yang mempunyai neutron tambahan samada 1 atau 2 untuk menjadi Oksigen 17 atau Oksigen 18walaupun stabil turut akan bertindak keatas unsur yang lebih lemah dari mereka. Sebaliknya ROS, Spesis Oksigen Reaktif pula bertidak lebih ganas keatas logam seperti besi (Ferum) maka, tindak balas gabungan itu akan mewujudkan Iron Oxide atau 'karat'!
Keadaan ini disebabkan oleh keadaan Oksigen yang kekurangan 1 elektron untuk menjadi stabil. Bagi mencapai tujuan itu, ROS akan merompak 1 elektron daripada Oksigen lain, kini menjadikan Oksigen atau unsur lain pula menjadi cacat atau kurang sifat. Unsur yang kehilangan 1 elektron tadi kini akan merompak elektron daripada unsur lain untuk ia menjadi stabil. Tindakan sama akan berlaku terus menurus di kalangan pelbagai unsur yang terdapat di dalam persekitaran berkenaan. Untuk memahami konsep ini, saya akan menggunakan 'Analogi Si Kudung'! 

Bayangkan si Kudung, yang kudung sebelah tangan, merompak tangan si Polan, agar si Kudung memiliki dua tangan seperti orang lain, Si Polan pula menjadi kudung. Untuk memiliki dua tangan seperti dahulunya, si Polan pula merompak satu tangan Si Abu. Kini Si Abu pula yang kudung dan ia pula akan melakukan kerja rompakan sama untuk kesejahteraan dirinya. Jika yang kudung itu berjumlah berjuta-juta orang, tidakkah huru-hara jadinya suasana. Kesan dari tindakan merompak ini akan pasti melibatkan kecederaan, kecacatan serta kematian!

Seperti yang lazimnya berlaku, Sel darah merah dan Sel darah putih akan menjadi mangsa rompakan ROS. Malah jika dibiarkan keadaan tanpa mengambil sebarang tindakan untuk mengatasinya, Sel DNA tubuh turut akan menjadi mangsa, rosak diterjah dan dirampas elektron mereka. Bagaimana harus kita atasi masalah ini?

Untuk penyelesaian, kita kena cari manusia cacat yang mempunyai 3 tangan, jika kita ambil satu tangannya, dia akan menjadi sempurna sementara yang kudung juga setelah diberi tangan baru akan turut menjadi sempurna. Ini baru boleh disebut 'win win situation'!
Dalam keadaan sama, jika satu negara mempunyai rakyat kudung dan sebuah negara lain pula mempunyai rakyat cacat bertangan 3, tidakkah kerjasama antara kedua-dua negara ini akan membolehkan kesemua rakyat mereka menjadi sempurna? Demikianlah kisahnya dengan besi, tindak balas sama ini boleh mempercepatkan keruntuhan dan kemusnahan besi. Justeru, besi jembatan atau besi rangka bangunan memerlukan perlindungan agar jembatan atau bangunan tidak runtuh akibat karat.

Kita tidak seharusnya lupa bahawa darah mengandungi besi, dan lazimnya besi akan berkarat apabila bertembung dengan ROS! Jika demikian, bagaimana mahu kita lindungi darah kita agar tidak berkarat?

Pernah anda dengar produk pemakanan tambahan yang mengandungi Vitamin A, C, E & Selenium? Saya sendiri telah mengamalkan pemakanan kesihatan ini yang sememangnya mahal belaka, tetapi mengapa setelah mengamalkan memakan Spirulina, A,C,E dan Selenium ini saya boleh dilanda sejenis penyakit 'auto-immune' yang disebut Systemic Lupus Erythemotosis, ringkasnya SLE atau Lupus?

Bagaimanakah perasaan anda, setelah berbelanja beratus ringgit setiap bulan selama beberapa tahun kerana percayakan saranan untuk memperkasakan kesihatan tubuh, tiba-tida anda diserang oleh SLE?  Mungkin sampai matipun anda tidak akan percaya lagi?

Sebenarnya, walaupun permakanan termahal dan terbaik sekalipun, jika tidak dapat disampaikan kepada sasaran, juga tidak bergunanya! Kapal yang sarat dengan muatan terbaik di dunia tidak dapat berlabuh untuk memunggah muatannya kerana air pelabuhan surut menjadi cetek dan air tidak juga pasang berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya!

Dalam kes saya, pemakanan terbaik yang diamalkan tidak dapat sampai ke sasaran kerana tubuh saya telah mengalami kemarau berpanjangan, saluran air (darah) menjadi sempit dan air pula pekat, bukan kerana produk tidak baik.
Air terdapat di mana-mana,
tetapi tubuh mengalami kemarau

Maka, pengambilan air amat diperlukan bagi memulihkan keadaan kemarau tubuh saya. Ini mudah dilakukan dengan terdapatnya pelbagai jenis air untuk meningkatkan paras air dalam tubuh. 

Tetapi bagaimana pula mahu saya selesaikan masalah berbillion Sel cedera dan cacat (masalah si Kudung) yang saya miliki? Carilah air yang mempunyai lebih elektron (3 tangan) untuk meneutralkan keganasan ROS disamping membaik pulih kerosakan yang telah terjadi. Anda boleh gunakan Air dan Vitamin A,C,E & Selenium atau anda boleh gunakan Air 3 tangan - Air Ionik atau lebih tepat lagi Air Penurun! Anda boleh tingkatkan paras air tubuh disamping membekalkan elektron tambahan kepada ROS agar mereka tidak perlu merompak untuk mendapatkan elektron yang kehilangan.


Penganti-Oksidan Terhandal Di Dunia ialah.....Air Ionik, jga dikenali sebagai AIR PENURUN (Air 3 Tangan)!  Air ini sukar didapati dalam pasaran, anda perlu mendaki bukit atau gunung untuk mendapatkannya. Air baru ini mengandungi Oksigen negatif terlarut secara semulajadi, atau anda perlu membuatnya sendiri menggunakan Mesin Penjana Air Ionik / Penurun. Dengan memiliki mesin ini untuk kegunaan sekeluarga, anda juga boleh jual air ini kepada mereka yang tidak mampu memilikinya.

No comments:

Post a Comment