Hutang Air


Hutang emas boleh dibayar.  Hutang budi tergadai body.  Hutang air pasti mati! 

 Hutang Air sebenarnya ialah Hutang Oksigen!

Kebenaran Tentang Oksigen - Khasiat Terpenting

"Semua sakit kronik, penderitaan dan penyakit adalah disebabkan oleh kekurangan Oksigen di peringkat Sel".

Bumi terbentuk daripada lebih 90 unsur, dan yang paling banyak sekali ialah Hidrogen diikuti Oksigen. Oksigen amatlah penting yang amat diperlukan bagi kewujudan semua makhluk hidup. Anda boleh hidup sebulan tanpa makanan, beberapa hari tanpa air, tetapi hanya beberapa minit sahaja tanpa Oksigen! 

"Hypoxia, atau kekurangan Oksigen di dalam Tisu adalah penyebab kepada semua penyakit pemusnah." 

Hypoxia adalah keadaan dimana darah dan tisu mempunyai kadar Oksigen yang rendah dari sepatutnya.  Terdapat pelbagai tahap hypoxia, dari tahap sederhana hingga  ke peringkat runcing.  Anoxia pula ialah apabila sel hampir ketiadaan Oksigen.  Kematian sel berlaku dengan cepat dalam keadaan anoksik. 

Percaya atau tidak, anda kini berada dalam keadaan hipoksik.  Mengapa?

Penafasan singkat, pencemaran udara, terlebih makan, kurang bersenam, makanan telah diproses, kekurangan zat pemakanan, tekanan emosi, tubuh berasid, dan kekurangan Oksigen dalam persekitaran adalah penyebab kepada tubuh anda berada dalam keadaan anaerobik atau hipoksik.

Kekurangan Oksigen serta kadar asid tubuh yang tinggi adalah satu gabungan yang sungguh serasi ibarat ‘jari dengan cincin’. Penjelasan teliti mungkin kelihatan begitu saintifik, sementara cara mudahnya membawa maksud, lebih tinggi nilai pH (lebih alkali) sesuatu bahan itu, lebih tinggi kepekatan Oksigen yang terkandung di dalamnya.  Sebaliknya, lebih rendah nilai pH (lebih berasid) sesuatu bahan itu, lebih tinggilah kadar kepekatan Hidrogen yang terdapat di dalamnya!
Mengalkalikan tubuh anda bagi meningkatkan paras pH secara betul sambil membuang sisa asid dari tubuh, dapat bantu meningkatkan kadar Oksigen di dalam tisu.

Hanya terdapat dua cara sahaja untuk mencapai matlamat ini.

1.  Dengan mengamalkan makanan Organik serta sayur mentah 100% atau,
2.  Dengan meminum Air Ionik / Air Penurun.

Apa akan berlaku jika Sel tubuh tidak mendapat Oksigen yang secukupnya? Sel akan mati!

Apabila semakin banyak sel mati, tisu dan organ serta sistem tubuh akan terjejas - inilah yang ramai orang menyebut sebagai PENYAKIT dan PENUAAN

Ini bukanlah satu teori atau pendedahan baru. Dr. Otto Warburg, lahir pada 1883, pemenang dua kali hadiah Keamanan Nobel (sekali kerana menemui punca penyebab Barah (cancer) - kerana keadaan tubuh anaerobik - telah menyatakan, "Semua sel biasa amat memerlukan Oksigen untuk hidup, tetapi Sel Barah hanya boleh hidup dalam keadaan tanpa Oksigen. - ia adalah satu ketentuan yang tidak boleh disangkal!" 

Sementara Phillip Stavish, M.D. pula menyatakan, "Hampir kesemua serangan jantung adalah disebabkan oleh kegagalan menyampaikan Oksigen kepada otot jantung yang bekerja keras." 

Kedua orang Doktor perubatan ini hanya menyebut dua jenis penyakit yang disebabkan oleh hipoksia, atau kekurangan Oksigen. Percaya atau tidak, serangan jantung dan barah telah membunuh lebih separuh rakyat Amerika!  Malah kematian rakyat Amerika dari peperangan, kemalangan jalan raya, pesawat terhempas, pembunuhan, bunuh diri, dipanah petir dan semua penyakit lain walaupun dihitung semua adalah lebih kecil!

Ingat, anda berada dalam keadaan hipoksik!  Anda seharusnya membekalkan Oksigen kepada sel tubuh anda.

Anda boleh mulakannya dengan segera dengan cara mempelajari satu teknik pernafasan yang akan membuat satu perubahan yang boleh dirasai disamping membantu sel tubuh anda tidak berada di dalam keadaan anoksia.

Ia dipanggil Teknik  4-16-8.  Ia mudah, tidak melibatkan kos dan hanya mengambil masa 2 minit sahaja untuk melakukannya.

Ambil nafas dengan kiraan 4, Tahan nafas selama kiraan 16 dan hembus nafas keluar dengan kiraan 8. Lakukan 5 kali pada satu sesi dan lakukan minimum 5 ke 10 sesi setiap hari.
Setiap kali anda mengalami sakit kepala, rasa lesu atau murung - lakukan sahaja sesi 4-16-8 ini,  50% gejala atau lebih akan hapus. 

"Untuk memahami kesihatan dan kehidupan, kita mesti pelajari apa yang menyebabkan kematian".

Rencana ini disedut daripada 'The Textbook on Medical PhysiologyC. Guyton, M.D.

Protokol Rawatan

No comments:

Post a Comment