Memahami Fisiologi Tubuh

Tubuh manusia telah dicipta demikian rupa, dengan segala sistem canggih yang tidak boleh dibandingkan dengan mesin ciptaan lain. Kesemua sistem canggih tubuh manusia ini memerlukan Air dan Garam untuk berfungsi lancar. Rumah siapa yang tidak ada Air dan Garam? Inilah keadilan Maha Pencipta memberi kepada semua bahan-bahan yang terbaik dan mudah untuk digunakan.

Inilah rupabentuk medan dalaman tubuh manusia, dilengkapi dengan saluran darah yang rumit dari saiz besar hinggalah kapada yang saiz amat halus, menular dari otak hinggalah kepada jari kaki, memasuki semua organ untuk menghantar oksigen dan segala pemakanan yang diperlukan dan mengeluarkan sisa metabolisma untuk dinyah keluar dari tubuh. 

Jika manusia tidak boleh lihat dan akui kebesaran Pencipta Teragung, maka terimalah padanya. bukan kerana mereka disiksa oleh Maha Pencipta, tetapi sistem tubuh mereka telah dibina dengan demikian rupa dan segala peraturan telah ditetapkan. Akur dengannya atau musnah!
INGAT! 94% Darah adalah AIR! dan untuk pengetahuan anda, Sains menjelaskan bahawa:-
  • Otak - 85% = AIR
  • Peparu - 80% = AIR
  • Jantung - 79% = AIR
  • Ginjal - 82% = AIR
  • Tulang - 22% = AIR
  • Otot - 80% = AIR
TUBUH ANDA ADALAH - AIR, AIR, AIR, AIR, AIR! Jika tidak faham juga, terimalah akibatnya!


Kita perlu akur bahawa tubuh manusia berfungsi sepenuhnya melalui saluran air! Semua proses penghantaran pemakan dan pengangkutan semua sisa metabolisma adalah melalui saluran sama. Hukum akal memberitahu kita jika sesuatu objek menghalang perjalanan ini, maka tersekatlah proses penghantaran oksigen serta proses pembuangan karbon di-oksida keluar dari tubuh. Jika ini berlaku, manusia akan mati! Otak amat memerlukan air, begitu juga dengan organ lain seperti jantung, peparu, ginjal dan sebagainya. Sekiranya laluan oksigen ke otak tersekat kerana terdapat darah beku, tubuh boleh lumpuh malah akan maut. Begitu juga dengan jantung jika terbatas dari bekalan oksigen akan berhenti berfungsi, dan akibatnya adalah mati! Adakah perkara ini mustahil berlaku? Ramai, amat ramai yang berhadapan dengan gejala ini justeru, banyak pembedahan perlu dilakukan untuk membuka laluan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Mengapa gejala ini berleluasa berlaku dikalangan manusia di zaman moden ini? Hanya satu sebab sahaja! Saluran air kekurangan air! Bagaimana tubuh bertindak untuk mengatasi masalah ini?

Biologi Asas

No comments:

Post a Comment