Monday 27 January 2014

Hukum Pergerakan Newton - Newton's Law Of Motion

Ramai tidak sedar, bahawa Hukum Pergerakan Newton melibatkan setiap objek dari paling halus hinggalah kepada yang paling besar. Dalam lain perkataan, hukum Newton ini turut mempengaruhi sekecil sebutir zarah hinggalah kepada galaksi terbesar yang terdapat di ruang angkasa lepas! Justeru, tubuh manusia yang merupakan satu alam tersendiri, juga tidak boleh elak dari kesan hukum sama! Apakah yang dimaksudkan 'Newton's Law Of Motion?


Apa kaitan hukum Newton ini dengan usaha untuk terbalikkan Penyakit Memusnah seperti Diabetes, Gout, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Jantung, Penyakit Alzheimer's dan sebagainya?

Jawabnya ...Setiap objek mempunyai sifat uniknya dan khusus. Mereka bertindak menurut peraturan canggih yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta menurut kehendakNYA. Jika sesiapa mengubah peraturan canggih ini secara sedar atau tidak, tindakannya itu mestilah berlawanan dengan peraturan dan hukum alam yang telah ditetapkan, seperti mana yang dijelaskan oleh Sir Isaac Newton.  Di sini kita hanya akan bincang hukum pertama sahaja.

Hukum pertama ini terbahagi kepada 2 bahagian; a) objek menetap dan b) objek bergerak. Kedua-dua objek ini akan kekal berada dalam keadaan tersebut masing-masing kecuali diganggu oleh sejumlah kuasa yang tidak seimbang dengannya. 

1 a. Setiap objek yang menetap akan kekal menetap kecuali jika diganggu oleh sejumlah daya yang tidak seimbang.
1 b. Setiap objek yang bergerak dengan kelajuan seragam akan terus bergerak lurus sehala kecuali jika diganggu oleh sejumlah daya yang tidak seimbang.

Maksudnya....
Jika tabiat objek itu statik, tetapi apabila diganggu dengan daya menolak atau menarik, kedudukannya akan berubah atau tabiatnya telah diganggu. Contoh: Tabiat sebuah rumah akan kekal menetap di satu tapak, kecuali apabila angin ribut melanda lalu menolak atau mencabut rumah tersebut dari tapaknya. Daya inilah yang dimaksudkan sebagai daya tidak seimbang.

Jika satu objek itu bergerak dengan kelajuan seragam, ia akan terus bergerak ke arah lurus, tetapi apabila diganggu, akan mengubah arah ataupun berhenti. Contoh: sebuah motokar sedang meluncur dengan kelajuan 110kmj akan bergerak perlahan apabila daya geseran dari brek diberi keatasnya, ia juga akan berubah arah apabila daya pulasan stering diberi, dan akhirnya akan berhenti.

Dua contoh di atas ini dapat memberi gambaran bahawa tabiat sesuatu objek hanya berubah apabila sejumlah daya yang tidak seimbang menggangu kestabilan mereka. Cuma, adakalanya perubahan membawa rahmat, contoh motokar, dan adakalanya perubahan membawa padah, contoh rumah. 

Buruk baik sesuatu tindakan akan bergantung kepada perhitungan banyak faktor seperti saiz jirim, kelajuan, geseran, pecutan, tekanan dan sebagainya. Jika dikira pula kesan faktor tambahan, umpamanya, gesiran rendah seperti; pemukaan jalan berais, implikasi kepada motokar tadi akan berubah dengan berbeza sekali. Maka, untuk memastikan keselamatan pemandu, penumpang serta orang awam lain, banyak faktor wajar diberi perhatian sama berat untuk mengimbangi semua daya sesuai dengan satu sama lain menurut perhitungan hukum alam.

Semua faktor sama ini juga terlibat di dalam tubuh manusia. Perubahan yang berlaku di dalam tubuh manusia semuanya diakibatkan oleh daya luar tidak seimbang menggangu sifat dan tabiat asal objek berkenaan. Demikian jugalah dengan organ manusia, turut mempunyai kelajuan, saiz, tekanan, pecutan, gesiran bagi menepati kehendak berbeza. Maka itu, gejala penyakit memusnah pada dasarnya, adalah disebabkan oleh gangguan daya luar tidak seimbang mempengaruhi organ secara terus dan menggugat fungsi lazimnya, menjurus kepada kesulitan umum keatas tubuh. Untuk pulihkan keadaan sedemikian, wajarlah daya seimbang dalaman dikembalikan semula.

Bagaimana cara harus kita lakukannya? Mudah, amat mudah sekali, dan setelah memahami hukum alam ini tindakan yang diambil bagi membetulkan keadaan semestinya dipandu oleh kesedaran dan keyakinan yang berpaksikan kebenaran.

Ikuti selanjutnya di sini.... 



No comments:

Post a Comment